Senator RA Lingeshwaran membuat laporan polis terhadap seorang individu dipercayai berada di luar negara yang menghina Islam dalam video tularnya.
Tidak mendedahkan bila dan di mana laporan polis itu dibuat, dia mengecam kenyataan biadab, tidak bertanggungjawab, dan berpotensi mencetuskan ketegangan agama itu.
“Tidak ada sesiapa yang berhak menghina mana-mana agama, kaum, atau budaya.

“Kita semua bertanggungjawab untuk memelihara keharmonian dan nilai kesopanan dalam masyarakat,” kata anggota Dewan Negara daripada DAP itu.
Dalam video itu, lelaki itu menghina amalan sembahyang umat Islam, ketika mengecam tindakan penyampai radio yang didakwa menghina Hindu.
[Berita penuh menyusul]





