28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Senator gesa kerajaan kenal pasti penerima dana USAID

    Shopee Sale

    Senator Dewan Negara, Sivaraj Chandran menggesa kerajaan mengenal pasti organisasi Malaysia yang menerima dana daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID).

    Sivaraj berkata pihaknya melahirkan kebimbangan serius berhubung campur tangan kuasa asing dalam politik negara kita melalui dana berkenaan.

    "Malaysia tidak boleh bersikap naif. Sejarah telah membuktikan bahawa dana seperti ini sering digunakan untuk melemahkan kerajaan yang tidak selari dengan kepentingan kuasa besar luar, memanipulasi pengundi, serta menggugat kestabilan negara.

    "Kita telah melihat bagaimana negara-negara lain menjadi mangsa permainan politik ini dan saya tidak mahu Malaysia mengalami nasib yang sama,” kata pemimpin MIC itu dalam satu kenyataan.

    terdahulu satu laporan oleh NBC News menyebut seorang hakim persekutuan AS memutuskan bahawa pentadbiran Presiden Donald Trump ketika ini mempunyai tempoh sehingga Isnin (10 Mac) untuk membayar beberapa kumpulan yang terjejas akibat arahan pembekuan bantuan asing.

    Menurut data kerajaan AS, USAID telah menyalurkan USD43.79 bilion (RM194.54 bilion) dalam bantuan asing pada tahun 2023.

    MENARIK:  Video Sabah (3): 'RM400k tunai', 'RM360k sikit’

    Pada 20 Januari, perintah eksekutif Trump bagi pembekuan menyeluruh bantuan asing selama 90 hari berkuat kuasa.

    Beberapa NGO ketika bercakap kepada Malaysiakini menyatakan kerja mereka terjejas akibat gangguan kepada sumber pembiayaan mereka.

    Sementara itu, Sivaraj berkata kerajaan perlu melakukan siasatan menyeluruh ke atas penerima dana ini bagi memastikan ketelusan dan mengelakkan sebarang ancaman kepada kedaulatan negara.

    "Siapakah penerima dana USAID di Malaysia? Untuk apakah dana ini digunakan? Adakah dana ini disalurkan kepada NGO, parti politik, atau individu tertentu dengan tujuan tertentu?

    "Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui sama ada terdapat unsur-unsur luar yang cuba mencorakkan masa depan negara ini mengikut kepentingan mereka. Oleh itu, saya menggesa pihak kerajaan untuk bertindak tegas dalam memastikan ketelusan dan kedaulatan negara tidak dikompromi," ujarnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah