28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seludup warga asing: Pegawai kanan Imigresen didakwa bulan depan

    Shopee Sale

    Dalang utama, yang juga seorang pegawai kanan imigresen 'berpengaruh' dalam sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operanandi 'counter setting' akan didakwa di mahkamah awal bulan depan.

    Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata suspek berumur awal 40-an itu yang berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selama 20 tahun telah ditahan pada 5 Sept lepas selepas meloloskan diri ketika operasi dijalankan sebelum ini.

    "Suspek yang kita tangkap ini, adalah dalang utama, dia mengawal lebih kurang 50 pegawai (imigresen) sebab dia yang berpengaruh.

    "Dia menjadi 'focal person' (individu utama) sebagai peranantara kepada hampir semua pegawai imigresen, supaya melaksanakan arahan yang diberikan olehnya," katanya pada sidang media khas, di Putrajaya hari ini.

    Sementara itu, empat ejen lain yang terlibat juga akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

    Azam berkata bagi pegawai imigresen yang terlibat tetapi tidak didakwa, tindakan punitif akan dicadangkan kepada JIM untuk mencegah kejadian serupa di masa depan.

    Beliau mendedahkan bahawa pembayaran rasuah dilakukan secara tunai oleh dalang utama kepada pegawai imigresen dan juga melalui ejen yang menerima wang rasuah daripada warga asing.

    MENARIK:  Zelenskyy tolak desakan sekutu Trump gesa dia letak jawatan

    Katanya SPRM masih belum dapat mengenal pasti warga asing dan ejen yang terlibat, dan siasatan lanjut akan menjurus ke arah usaha mengenal pasti mereka.

    Beliau berkata SPRM mempunyai maklumat mengenai seorang warga Bangladesh yang menjalankan perniagaan di sini, dan siasatan lanjut serta tangkapan akan dilakukan sekiranya maklumat yang diperoleh mencukupi.

    Ditanya sama ada dalang utama mempunyai kaitan dengan warga Bangladesh itu, Azam berkata kemungkinan besar ada kaitan memandangkan maklumat yang diterima menunjukkan bahawa beliau mengatur ejen di Bangladesh untuk mencari pekerja-pekerja yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah