29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seleweng dana zakat: SPRM tahan seorang lagi individu

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang lagi individu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan peruntukan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.

    Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

    "Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan kakitangan badan berkanun disyaki bersubahat dengan sorang suspek wanita yang sebelum ini ditahan SPRM pada Ahad lepas.

    "Suspek dipercayai bersekongkol bagi memudahkan proses permohonan insentif modal perniagaan yang dikeluarkan oleh sebuah badan berkanun," katanya.

    MENARIK:  Bantu lapor jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis

    Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

    Ahad lepas, media melaporkan seorang wanita yang juga bekas pekerja sebuah badan berkanun direman selama empat hari bermula 19 Okt kerana disyaki terbabit kes sama.

    Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh remannya tamat hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah