31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selangor FC kutuk salah laku penyokong bakar suar

    Shopee Sale

    Kelab Bolasepak Selangor (Selangor FC) menyatakan rasa amat kesal terhadap insiden membakar suar membabitkan segelintir penyokong pasukan itu di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu, Terengganu, sebelum perlawanan Liga Super 2025/26 menentang Terengganu FC, Ahad lalu.

    Dalam kenyataan hari ini, kelab itu menegaskan tidak akan berkompromi serta mengutuk sebarang bentuk tingkah laku yang melanggar undang-undang dan mengancam keselamatan orang awam.

    Menurut Selangor FC, perbuatan sedemikian jelas bercanggah dengan nilai serta prinsip yang diperjuangkan kelab berkenaan dan komuniti bola sepak Selangor.

    “Selangor FC akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana kumpulan penyokong bagi menjamin keselamatan serta memperkasakan kemeriahan sukan bola sepak tempatan,” menurut kenyataan itu.

    Kelab berkenaan turut berharap insiden terbabit dijadikan iktibar oleh semua pihak dan menyeru penyokong agar sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab, saling menghormati serta bersatu padu demi memupuk budaya sokongan bola sepak yang lebih positif dan sihat.

    MENARIK:  54 peratus pegawai perubatan tinggalkan sektor awam pada 2022

    Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Penaung Selangor FC menzahirkan rasa amat dukacita dan kecewa terhadap insiden itu serta tidak berkenan dengan budaya samseng dan gangsterisme dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

    Baginda turut mencadangkan supaya penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan menimbulkan kekacauan diharamkan daripada memasuki stadium bagi menghadiri mana-mana perlawanan melibatkan pasukan itu.

    Semalam, seramai 33 penyokong Selangor FC direman bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di jambatan berkenaan, Ahad lepas.

    Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super antara Terengganu FC dan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam Ahad.

    Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mereka adalah antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu malam tadi bagi menjalani saringan air kencing.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah