27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Segerakan laporan bedah siasat Zara Qairina – MP

    Shopee Sale

    Pemimpin pembangkang menggesa laporan bezah siasat kematian pelajar Zara Qairina Mahathir didedahkan segera.

    “Sudah terlalu banyak spekulasi mengenai kenapa bezah siasat tidak dilakukan di peringkat awal kematian Zara Qairina. 

    “Jangan biarkan timbul spekulasi pula mengenai kenapa laporan bezah siasat lewat disediakan,” kata anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

    Gesaan itu dibuat setelah dia dan anggota parlimen PN menerima daripada kumpulan pelajar dan aktivis di pekarangan parlimen hari ini bagi menuntut keadilan dalam kes kematian pelajar tingkatan satu itu.

    Semalam peguam keluarga, Shahlan Jufri mengumumkan bahawa proses bezah siasat selesai selepas kira-kira lapan jam prosedur.

    Dalam kenyataan hari ini, Wan Saiful berkata, pelbagai spekulasi timbul, antaranya dakwaan ada pihak sengaja mahu melengahkan laporan bezah siasat sehingga selepas pilihan raya negeri Sabah. 

    “Jangan biarkan spekulasi seperti ini berterusan. Laporan bezah siasat mesti disegerakan. 

    MENARIK:  Banjir melanda Lembah Klang, ada tembok penahan runtuh

    “Tragedi Zara Qairina adalah isu kemanusiaan, bukan isu politik pilihan raya,” katanya yang juga anggota parlimen Tasek Gelugor.

    Zara dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

    Kuburnya di Tanjung Ubi, Sipitang digali semula kelmarin untuk dibezah siasat.

    Demo depan parlimen

    Terdahulu orang ramai berkumpul di depan pintu parlimen bagi menyatakan keprihatinan mereka terhadap kes itu dan menyerahkan memorandum kepada wakil rakyat yang sedang bersidang.

    Mereka antaranya menuntut reformasi menyeluruh terhadap sistem pendidikan khususnya berkaitan isu buli serta penubuhan suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat itu.

    “Hasil siasatan mesti dibentangkan secara terbuka kepada rakyat,” menurut memorandum itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah