32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saya bukan dalang siasatan SPRM ke atas MB, kata ketua Bersatu Perlis

    Shopee Sale

    Ketua Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah menyangkal dakwaan yang tular di media sosial bahawa dia adalah dalang dalam siasatan SPRM terhadap Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli serta anaknya baru-baru ini.

    Sebaliknya, Abu Bakar berkata, PN Perlis yang ditunjangi PAS dan Bersatu sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan pentadbiran kerajaan negeri dan tiada sengketa antara mereka.

    Abu Bakar Hamzah

    "Oleh itu pandangan dan percanggahan pendapat yang ada tidak menggambarkan kita (Bersatu) tidak serasi sebaliknya ia hanyalah pandangan peribadi semata-mata.

    "Apabila ada satu cerita berkaitan dengan pengakuan bahawa (saya) membuat laporan kepada SPRM, saya sudah membuat laporan polis menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya kerana itu bukan pelan kita (PN)," katanya yang dipetik Berita Harian.

    Abu Bakar yang juga Adun Kuala Perlis sebelum itu mengetuai lima wakil rakyat termasuk tiga exco Perlis dari Bersatu menandatangani arahan bertulis yang berupa surat akujanji taat setia kepada parti itu.

    Bulan lalu, SPRM dilaporkan menahan reman anak menteri besar terbabit dan lima yang lain bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan bernilai RM600,000 sejak 2022.

    Bagaimanapun penelitian mendapati projek yang didakwa itu tidak dilaksanakan.

    Mohd Shukri Ramli

    Ia melibatkan projek kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan, pembekalan dan perkhidmatan dari 2022 hingga kini.

    MENARIK:  Keputusan permohonan kebenaran semakan isu dana Syed Saddiq 18 Nov

    SPRM juga menahan Mohd Shukri ketika dia hadir di ibu pejabat agensi antirasuah berkenaan di Putrajaya pada 30 Apr bagi memberi keterangan kepada penyiasat.

    Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis kemudian dibebaskan pada hari yang sama selepas penyiasat selesai merakam kenyataannya.

    Badan pencegah rasuah itu dilaporkan sedang menyiasat Mohd Shukri atas dakwaan salah guna kuasa.

    Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Bersatu Perlis yang bertanding di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) memperoleh lima daripada 15 kerusi yang dipertandingkan di DUN Titi Tinggi, Pauh, Tambun Tulang, Sena dan Kuala Perlis.

    Kecuali DUN Indera Kayangan yang dimenangi oleh Pakatan Harapan (PN), kerusi lain semua dimenangi oleh PAS. Ia juga adalah kali pertama kerajaan BN ditumbangkan di Perlis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah