32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Samun berparang, kontraktor diikat, belasah di ladang sawit

    Shopee Sale

    Seorang kontraktor berdepan detik cemas apabila niat murninya membantu dua lelaki yang kononnya "tersesat" di sebuah ladang sawit berakhir dengan dia diikat, ditendang, dan disamun dalam kejadian di Bukit Perah, Banting, pagi semalam.

    Dalam kejadian kejam tersebut, mangsa yang berusia lingkungan 50-an itu bukan sahaja kerugian kira-kira RM9,500, malah turut mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dibelasah suspek.

    Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Mohd Akmalrizal Radzi sebagai berkata, dua suspek warga tempatan itu pada mulanya menghampiri mangsa untuk bertanyakan jalan keluar dari kawasan ladang berkenaan.

    Bagaimanapun, keadaan berubah menjadi ganas apabila salah seorang suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang.

    "Suspek bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa sebelum menendang mukanya sehingga mendatangkan kecederaan.

    MENARIK:  KATA MP | Hutang BNPL naik ketara, makin popular, perlu dikawal

    "Dua penjenayah itu kemudian melarikan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik mangsa, telefon bimbit, dokumen penting, serta wang tunai," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Walaupun suspek berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian, kecekapan pihak polis hasil risikan pantas berjaya mengesan kenderaan mangsa tidak lama kemudian.

    Kenderaan Toyota Hilux berwarna putih itu ditemui ditinggalkan di tepi jalan sekitar Jalan Prima, Puchong, hanya sejam selepas laporan dibuat.

    Polis kini sedang memburu kedua-dua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah