30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saman RM100 juta Hamzah: Redzuan serah pada peguam

    Shopee Sale

    Pengasas bersama Bersatu Redzuan Yusof enggan mengulas berkaitan saman saman fitnah RM100 juta terhadapnya yang difailkan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

    Hamzah, timbalan presiden yang baru dipecat Bersatu, memfailkan saman itu selepas dia didakwa menggerakkan enam anggota parlimen parti itu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 2023.

    “Saya dah serahkan kepada peguam untuk tindakan. 

    “Tiada komen lanjut untuk elakkan prejudis pada kes,” kata bekas menteri era Muhyiddin Yassin itu kepada Malaysiakini.

    Hamzah Zainudin.

    FMT melaporkan saman itu difailkan Hamzah di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Jan lalu menerusi Tetuan Siddiq Azani & Co.

    MENARIK:  Roti Gardenia: Kenyataan media PN dakwa DAP cetus provokasi palsu - Bersatu

    Hamzah dilapor menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk dan teladan, faedah serta kos.

    Dia juga menuntut Redzuan menarik balik kenyataan selain memohon maaf terbuka tanpa syarat melalui media elektronik dan akhbar harian berbahasa Melayu, mengikut terma dipersetujui.

    Hamzah mendakwa kenyataan yang diterbitkan di Berita Harian pada 5 Nov 2025 itu palsu, berniat jahat dan mencemar reputasinya sebagai ketua pembangkang serta pemimpin kanan Bersatu ketika itu.

    Redzuan, melalui Tetuan Cheah Teh & Su, sebelum ini menafikan mengeluarkan kenyataan dipertikai itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah