27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saleeh pertahan jawatan presiden Pena

    Shopee Sale

    Mohamad Saleeh Rahamad berjaya mempertahankan jawatan presiden Persatuan Nasional Penulis Malaysia (Pena) selepas dicabar seorang lagi calon Mohd Khair Ngadiron.

    Dalam pengundian yang diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-61 di Rumah Pena, Kuala Lumpur, hari ini, Mohamad Saleeh meraih 54 undian berbanding Mohd Khair merekodkan 33 undi.

    Kemenangan itu menyaksikan Mohamad mengekalkan posisi itu untuk penggal kelapan kepimpinannya.

    Bagi jawatan timbalan presiden yang sebelum ini disandang Mohd Khair pula dimenangi Hanafi Ibrahim.

    Gambar fail, Mohd Khair Ngadiron.

    Hanafi meraih 51 undi berbanding pesaingnya Syed Mohd Zakir Syed Othman yang memperolehi 47 undi.

    Jawatan setiausaha agung pula dimenangi Norzuraina Mohd Nor yang menewaskan Lutfi Ishak dengan keputusan undi 58-32.

    Jawatan timbalan setiausaha agung kini disandang Zaifulnizam Wagiran yang meraih 50 undian menewaskan pencabarnya, Rosman Md Shah.

    MENARIK:  Pemimpin lemah dipilih bila rakyat sokong ikut sentimen, personaliti - Rafizi

    Pemilihan itu juga menyaksikan jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi tetap dimenangi tanpa bertanding sekali gus mengekal kami posisi Roslan Madun dan Mohd Radzuan Ibrahim.

    Selain itu, Azalan Hussain kekal dilantik sebagai bendahari yang menang tanpa bertanding.

    Pemilihan hari ini turut melantik Ahli Jawatankuasa Pena terdiri daripada Rosman Md Shah, Norhayati Ab Rahman, Nurul Asyikin, Barupawati Utamaju Baharum, Shamsudin Othman dan Nazhatulshima Nolan.

    Jawatan pemeriksa kira-kira pula disandang Adam Buck Lee dan Karim Mohamad.

    Mereka akan berkhidmat bagi sesi 2024 hingga 2026.

    Pena ditubuhkan pada 1961 dan kini mempunyai seramai 816 ahli aktif di seluruh negara. Daripada jumlah itu 324 orang ahli seumur hidup dan 487 ahli biasa selain lima 5 ahli bersekutu dari luar negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah