26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saifuddin mungkin tak tanding timbalan presiden, beri laluan pada Izzah – laporan

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail mungkin tidak akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR, lapor Berita Harian semalam.

    Memetik sumber, Saifuddin dikatakan membuat keputusan itu bagi memberi laluan kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar untuk mencabar penyandang jawatan tersebut, Rafizi Ramli.

    “"Setakat ini (Saifuddin) tak (bertanding). Beri laluan (Nurul) Izzah (bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR),” kata sumber itu seperti dipetik.

    Walaupun semakin ramai pemimpin PKR menyuarakan sokongan kepada Nurul Izzah untuk bertanding, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu masih belum mengesahkan keputusannya.

    Sebelum ini, Nurul Izzah hanya berkata dia akan membuat “keputusan terbaik” yang mengimbangi antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota parti.

    "Kita beri kata putus bukan untuk mana-mana individu, tetapi demi usaha membina masa depan PKR secara bersama di kala suka dan duka. Insya-Allah," katanya.

    MENARIK:  Penutupan ruang udara Timur tengah mungkin jejaskan penerbangan - CAAM

    Pada hari yang sama, Rafizi dalam kenyataan berkata akan mempertahankan kedudukannya dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin mencabarnya.

    Dia turut memaklumkan bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Saifuddin telah menasihatinya untuk berbuat demikian.

    Setakat semalam, masih belum ada pemimpin PKR yang mengesahkan pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden, walaupun pencalonan untuk kepimpinan pusat parti telah dibuka sejak awal pagi semalam.

    Semakan Malaysiakini setakat jam 8.30 malam tadi di laman web pengundian PKR mendapati tiada pencalonan dihantar bagi dua jawatan tertinggi itu.

    Proses pencalonan dijalankan secara dalam talian dan mereka yang berhasrat untuk bertanding mempunyai masa sehingga jam 11.59 malam ini untuk menghantar pencalonan mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah