26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saifizi Saidon masih dalam pemerhatian – Takiyuddin 

    Shopee Sale

    Kenyataan tular yang mendakwa PAS menggantung keahlian Ketua Penerangan PAS Perlis Mohd Saifizi Saidon adalah palsu, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

    Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.

    "Apa yang ditularkan adalah palsu dan tiada apa-apa tindakan ke atas Mohd Saifizi tetapi perkara itu dalam pemerhatian parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Tanglung Kelantan 2024, di Kota Bharu malam tadi.


    Baca: Perwakilan kesal kepimpinan PAS gagal kawal selia kualiti pemimpin, MB


    Terdahulu, tular satu kenyataan media mengenai tindakan disiplin terhadap Mohd Saifizi kerana memberi ucapan yang didakwa tidak berintegriti dan amanah pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Pahang baru-baru ini.

    MENARIK:  'Nila lebih baik dari racun' - Akmal ucap terima kasih pada Mat Hasan

    Kenyataan media yang tular itu turut memaklumkan Jawatankuasa Disiplin PAS sudah mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Mohd Saifizi sehingga ke satu tempoh yang akan ditentukan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah