31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RUU tahanan di rumah perlu diperhalusi agar pelaksanaan teratur – IGP

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap Rang Undang-Undang (RUU) baru berkaitan hukuman tahanan di rumah yang dicadangkan kerajaan akan diteliti dan diperhalusi bagi memastikan pelaksanaannya teratur dan keselamatan masyarakat terjamin.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata akta baru yang ingin diperkenalkan itu bertujuan mengatasi kesesakan di penjara, dengan jumlah banduan terkini adalah seramai 87,000 orang berbanding kapasiti penjara yang hanya mampu menampung 74,000 orang sahaja.

    “Pada dasarnya PDRM memahami masalah ini dan berharap cadangan (akta tahanan rumah) perlu diteliti serta diperhalusi bagi memastikan pelaksanaannya teratur. Perkara penting sekali adalah keselamatan dan ketenteraman masyarakat umum secara keseluruhannya terjamin,” katanya ketika dihubungi.

    Pada 19 Okt lepas Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution berkata rang undang-undang berkaitan tahanan di rumah akan dibentang tahun depan, dengan Kabinet secara dasarnya sudah memberi kelulusan.

    Cadangan tahanan di rumah itu menyasarkan kira-kira 20,000 pesalah kategori tertentu dan layak dipertimbang selepas mereka menjalani proses tapisan, dengan antara lain meliputi pesalah pertama yang tidak melakukan kesalahan berat, wanita mengandung, warga emas dan orang kurang upaya.

    Razarudin berkata pihaknya sedia memberikan kerjasama berhubung perkara itu dalam memberikan cadangan dan penambahbaikan dalam sesi libat urus bersama Jabatan Penjara dan Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan kepentingan semua pihak terutama masyarakat umum tetap terpelihara.

    MENARIK:  K’jaan kaji sekatan perjalanan peminjam PTPTN ingkar bayar hutang

    Sementara itu, merujuk kepada siasatan kes surat tawaran kerja palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, Razarudin berkata polis akan memohon untuk melanjutkan tempoh reman suspek selama empat hari bagi membantu siasatan.

    Ia susulan tempoh tahanan reman pengawal keselamatan berumur 32 tahun itu akan berakhir esok.

    “Siasatan diteruskan bagi mendapatkan keterangan saintifik dan forensik bagi menganalisis telefon bimbit dan komputer yang digunakan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Media sebelum ini melaporkan polis membuka kertas siasatan kes itu selepas seorang penjawat awam di Sarawak memaklumkan kepada Fadillah menerusi WhatsApp Khamis lepas bahawa dia terbaca dua surat rasmi Jabatan Perdana Menteri di sebuah pejabat agensi kerajaan di Kuching yang memetik nama Fadillah dan menawarkan pelbagai jawatan.

    Susulan itu seorang lelaki yang bekerja di sebuah premis kerajaan di Samarahan sejak 2018 ditahan bagi membantu siasatan.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah