31 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Doakan Kejayaan Amsyar Lee Di Pentas Antarabangsa – ‘Terus Banggakan Negara Dengan Bakat’

    Shopee Sale

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan doa buat penyanyi Amsyar Lee yang kini membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi pertandingan Silk Way Star 2.

    Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Syukur 14 Pencalonan Di AIM25 – ‘Anugerah Itu Bonus, Insan Di Hadapan & Belakang Tabir Berhak Dihargai’

    Titip doa

    Menerusi hantaran di Instagram, Siti, 47, berharap Amsyar terus mengharumkan nama negara dengan bakat yang dimiliki selain mendoakan agar perjalanan penyanyi itu dalam pertandingan berkenaan dipermudahkan.

    Teruslah membanggakan negara dengan bakat dikurniakan Allah. Saya doakan kejayaan buat Amsyar.

    Dalam perkongsian sama, Siti turut merakamkan penghargaan kepada Amsyar kerana memilih lagu Kesuma untuk dipersembahkan dalam salah satu minggu pertandingan tersebut.

    Terima kasih kerana memilih lagu Kesuma. Bergemalah lagu warisan budaya kita merentasi segala bumantara.

    Sementara itu, Amsyar menerusi satu hantaran menjelaskan pemilihannya terhadap lagu berkenaan sebagai usaha untuk membawa irama tradisional dan lenggok Melayu ke pentas antarabangsa.

    Di samping menyaksikan setiap peserta membawakan lagu yang mencerminkan budaya negara masing-masing, saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mempersembahkan “Kesuma”, nyanyian asal Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, di pentas besar ini.

    Harapan saya cuma satu, agar irama tradisional dan lenggok Melayu terus berkumandang di pentas antarabangsa, sekali gus memperlihatkan kepada dunia betapa indah nilai dan kayanya khazanah muzik tradisional Malaysia.

    Amsyar atau nama sebenarnya Amir Syafiq Mohd. Sadri kini berentap bersama wakil dari 11 negara lain dalam pertandingan berkenaan.

    MENARIK:  Berlakon Sejak Usia 10 Tahun, Aedy Ashraf Tak Pernah Nampak Buli Di Set Penggambaran – ‘Ibu Pesan Sentiasa Hormat Orang Lain’

    Antara negara yang turut mengambil bahagian ialah China, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Russia, Vietnam, Türkiye, Serbia, Afrika Selatan, New Zealand, Brazil dan Georgia.

    Sumber: Instagram

    The post Siti Nurhaliza Doakan Kejayaan Amsyar Lee Di Pentas Antarabangsa – ‘Terus Banggakan Negara Dengan Bakat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah