29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Maaf Kasar, Aku Dah Perit Bantu Orang Miskin!’ – Anees Ayunie

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh, Anees Ayunie meluahkan rasa penat apabila mendakwa ada segelintir individu yang sering meminta bantuan melibatkan soal kewangan.

    Artikel Berkaitan: Influencer Syukur Dua Kali Hamil, Dua Kali Suami Hadiahkan Rumah – ‘Tiada Sehari Pun Rasa Tak Bahagia’

    Penat bantu

    Menerusi hantaran di Threads, Anees berkata dia pada mulanya sanggup membantu kerana berasa kasihan, namun keadaan itu menjadi semakin membebankan apabila individu terbabit mula mengharapkan bantuan daripadanya setiap bulan.

    Maaf kasar, tapi aku dah perit bantu orang miskin. Selagi aku bantu selagi tu dia jadi lagi miskin.

    Sekali dua aku bagi terus tiap-tiap bulan dia mengharapkan duit aku. Bukan sorang tapi ramai. Rasa nak tepek sini.

    Aku bantu sebab aku kesian tapi sekarang tiap-tiap hari kau meminta sumpah aku perit sebab aku rasa makin teruk kau miskin bila aku bantu macamtu.

    Dalam pada itu, Anees mempersoalkan sampai bila individu berkenaan mahu bergantung kepada bantuan orang lain tanpa berusaha mengubah kehidupan sendiri.

    Bila kau nak ubah diri untuk diri kau sendiri? Sampai bila nak harapkan duit orang? Phone ada pandai meminta tapi usaha mana? Sedihlah aku.

    Anees turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan individu terbabit yang meminta bantuan kewangan daripadanya.

    MENARIK:  Aliff Aziz Menawarkan Bantuan Mengangkut Barang-Barang Shooting Sementara Menunggu Risteena

    Anees menjelaskan dia tidak berniat untuk berkira ketika membantu, namun apabila ada pihak yang menjadikan pemberian tersebut sebagai sesuatu yang diharapkan secara berterusan, menyebabkan dirinya berasa tidak selesa.

    The post ‘Maaf Kasar, Aku Dah Perit Bantu Orang Miskin!’ – Anees Ayunie first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah