29.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syazani Zikry Terkejut Lihat Transformasi Jayakan Watak ‘Kak Has’, Babak Urus Jenazah Buat Seram Sejuk

    Shopee Sale

    Pelakon Syazani Zikry mengakui terkejut melihat transformasi dirinya selepas menjalani solekan penuh bagi menjayakan watak Kak Has dalam projek lakonan terbaharunya.

    Menurut Syazani atau lebih mesra disapa Syazzik, Kak Has merupakan seorang bekas GRO dan pekerja seks yang kemudian menyesali perjalanan hidupnya selepas berdepan penyakit HIV dan AIDS.

    ARTIKEL BERKAITAN: Syazani Zikry Nak Popular Sebab Bakat, Bukan Kerana Konten Murahan

    ARTIKEL BERKAITAN: Syazani Zikry Mahu Fokus Berlakon, Cabar Diri Bawa Watak Ringan & Kelakar

    Satu Badan Dipasang Kesan Khas

    Watak tersebut ditawarkan kepadanya secara terus oleh pengarah Haffez Amin yang dipercayai melihat kemampuan Syazani membawa karakter berbeza dan mencabar.

    “Memang terkejut tetapi dalam masa yang sama saya teruja sebab dapat tunjuk sisi lakonan yang lebih luas.

    “Kali pertama tengok diri sendiri selepas siap solekan dan kostum, saya sampai keliru. Ini perempuan betul ke tidak? Ramai juga cakap rupa saya macam perempuan betul.

    “Saya memang kena berterima kasih kepada jurusolek kami, Kak Yatie kerana berjaya transform saya sampai nampak sangat berbeza,” katanya.

    Bercerita lanjut mengenai cabaran membawa karakter tersebut, Syazani berkata rasa gementarnya lebih tertumpu kepada usaha memastikan Kak Has kelihatan meyakinkan di layar.

    Projek berkenaan turut dijayakan dengan kerjasama NGO pengurusan jenazah, Mr Wan Cai Official di Klang.

    “Saya diletakkan kesan khas pada seluruh badan untuk menggambarkan keadaan watak yang berdepan komplikasi kesihatan akibat HIV dan AIDS. Hasilnya nampak sangat real dan itu buat saya lagi gementar untuk menjayakannya,” ujarnya.

    Baring Di Tempat Mandikan Jenazah

    Namun pengalaman paling memberi kesan buat Syazani adalah apabila dia diminta berbaring di tempat yang benar-benar digunakan untuk memandikan jenazah.

    Menurutnya, perkara tersebut hanya dimaklumkan pada hari pertama penggambaran sehingga membuatkan dirinya berasa seram sejuk.

    “Saya diberitahu tempat saya baring itu memang tempat yang digunakan untuk mandikan jenazah lain.

    “Masa itu memang rasa seram sejuk. Banyak kali saya baca doa dan pengalaman itu memang cukup menginsafkan,” katanya.

    Dalam masa sama, Syazani tidak terlalu memikirkan kemungkinan menerima pelbagai reaksi daripada penonton apabila karya tersebut ditayangkan kelak.

    MENARIK:  Ketiak Qistina Raisah Mendapat Sorotan Netizen – Nasihat Untuk Berhati-hati dalam Memuatnaik Gambar

    Sebaliknya, dia bersedia menerima apa sahaja tanggapan kerana menganggap kejutan penonton sebagai petanda transformasi yang dilakukan berjaya kelihatan meyakinkan.

    “Kalau mereka lagi terkejut, mungkin maksudnya saya berjaya buat watak itu nampak believable,” katanya.

    Terbuka Bawa Watak Pelik Dan Mencabar

    Syazani berkata dia sememangnya tidak mempunyai masalah menerima karakter di luar kebiasaan, terutama watak yang memerlukan persediaan dan kajian lebih mendalam.

    “Saya sangat terbuka dengan apa sahaja jalan cerita, lagi-lagi yang lain dan bukan klise.

    “Saya suka watak yang mencabar, pelik dan mendalam sebab ia memerlukan lebih banyak homework serta kajian. Setakat ini saya masih terbuka dengan apa sahaja watak yang diberikan,” jelasnya.

    Mahu Lebarkan Sayap Ke China

    Dalam perkembangan lain, Syazani baru sahaja menyelesaikan beberapa projek termasuk drama 10 episod Break The Chains, drama 13 episod Hanin Lufya arahan Datuk Jurey Rosli serta telefilem Tersungkur Di Kaki Mahligai terbitan A. Aida Production dan arahan Adlin Aman Ramlie.

    Dia juga bakal muncul menerusi filem Curi Makan terbitan FEISK Productions arahan Feisal Azizuddin yang dijangka menemui penonton tidak lama lagi.

    Selain lakonan, Syazani kini semakin aktif sebagai pengacara majlis serta menghasilkan kandungan iklan untuk media sosial.

    Malah, dia turut merancang untuk melebarkan sayap dengan meneroka peluang dalam drama bersiri dan produksi Cina di China, selain mula memberi lebih banyak komitmen terhadap program kebajikan bersama NGO.

    The post Syazani Zikry Terkejut Lihat Transformasi Jayakan Watak ‘Kak Has’, Babak Urus Jenazah Buat Seram Sejuk first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah