Hampir sedekad menanti, penerbit Datuk A Aida meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Azeva Natassha akhirnya memilih untuk menceburi industri seni.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Janji Untuk Buat Semua Mama Suruh’ – Azeva Nekad Ceburi Industri Seni Demi Datuk A Aida
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Yang Offer Saya Tak Nak, Baik Cari RM10 Juta Sendiri’ – Azeva
A Aida syukur Azeva ceburi bidang seni

Ketika ditemui , A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, dia sudah menyedari bakat Azeva sejak anaknya itu berusia 13 tahun, namun usaha untuk memujuk Azeva menghasilkan album dan menceburi bidang lakonan tidak membuahkan hasil.
Sejak usia 13 tahun Azeva dah ada satu ton suara yang unik. Bermula dari situ saya selalu pujuk dia buat album dan berlakon tapi dia tidak mahu.
Hampir 10 tahun saya pujuk dia, tapi tak ada hasil. Kadang-kadang saya sampai merajuk dengan dia.
Saya selalu cakap dengan dia, Allah dah beri suara dan tone yang unik, ada rupa tapi tetap tak nak jadi penyeri dalam industri. Dia sia-siakan kelebihan yang dia ada.
Sehinggalah pada suatu hari selepas pulang dari Australia, Azeva akhirnya menunjukkan kesungguhan untuk mengikuti jejak ibunya dalam bidang seni.
Saya terkejut macam dalam mimpi. Tetapi dia cakap dia betul-betul serius. Kemudian saya terus buat skrip sebuah filem dan OST.
Saya ambil peluang sebab tak mahu bertangguh lagi.
Mengulas lanjut, A Aida bersyukur kerana segala urusan tersebut dipermudahkan, seolah-olah Allah menjawab doa dan harapannya selama ini.
Ketika itu saya merasai Allah permudahkan, merestui doa dan harapan seorang ibu yang selama ini menyimpan harapan dekat anaknya.
Rasanya seperti dalam mimpi, tetapi sebagai seorang ibu, saya bangga. Harapan dan impian saya selama ini tercapai. Kalau saya meninggal dunia pun, dapat tutup mata dengan tenang.
Bila teringat balik masa koma dulu, doktor cakap peluang saya untuk ‘pergi’ 99.9 peratus. Tapi Allah bagi saya hidup kembali. Ustaz ada kata, mungkin ada urusan yang belum selesai lagi. Waktu itu, saya terfikir pasal Azeva sahaja. Mungkin inilah urusan itu.
The post [VIDEO] ‘Allah Merestui Doa & Harapan Seorang Ibu’ – A Aida first appeared on OHBULAN!.





