33.2 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Undian Telah Dibuka, 20 Peserta Berentap Gelaran Juara Pentas Little Star 2026 

    Shopee Sale

    Pentas Little Star 2026 kini memasuki fasa kedua selepas menerima penyertaan luar biasa daripada kanak-kanak berbakat di seluruh Malaysia.

    Artikel Berkaitan: Sirap Limau Lancar Kempen Pentas Little Star, Peluang Untuk Si Cilik Serlahkan Bakat 

    Fasa kedua 

    Memasuki fasa seterusnya, pertandingan ini menyaksikan seramai 20 peserta terbaik telah dipilih oleh pihak penganjur di mana mereka  bakal berentap gelaran juara.

    Para peserta yang berjaya mara ke peringkat ini membuktikan bahawa bakat mereka seperti menyanyi, menari, bermain alat muzik dan berpidato telah menarik perhatian pihak penganjur.

    Justeru itu, orang ramai diberikan kuasa untuk mengundi bagi menentukan pemenang Pentas Little Star 2026. 

    MENARIK:  Dayang Nurfaizah Sebak Nyanyi Lagu ‘Mencintai Cinta’, Teruskan Semangat Demi Arwah Rudy Imran

    Undian kini telah dibuka bermula 11 September lalu dan akan berlangsung sehingga 23 September ini.

    Jika ada bakat daripada peserta cilik yang berjaya menyorot perhatian anda, jangan lupa undi mereka sehingga dinobatkan menjadi juara.

    Tunggu apa lagi? Berikan mereka peluang untuk bergelar johan pertandingan ini dan memenangi wang tunai RM1,500 beserta barangan eksklusif Sirap Limau.

    Layari http://www.siraplimau.com/pentaslittlestar untuk mengenali 20 peserta yang bertanding, sekaligus dapat memberikan undian berdasarkan pilihan anda.

    The post Undian Telah Dibuka, 20 Peserta Berentap Gelaran Juara Pentas Little Star 2026  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah