Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan 2024) selepas selesai dibahaskan di peringkat dasar.
RUU Perbekalan 2024 itu diluluskan menerusi undian suara sejurus selepas Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan selesai penggulungan bagi Kementerian Kewangan.
Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor itu ditangguhkan sekitar jam 7.40 malam sebaik undian selesai.
Sesi terakhir penggulungan peringkat dasar RUU Perbekalan 2024 hari ini membabitkan enam kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Digital, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.
[Berita penuh menyusul]





