24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RUU Pendanaan Politik belum pasti dapat digubal sebelum PRU16

    Shopee Sale

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said membayangkan sukar untuk memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dapat digubal sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-16.

    Jelas Azalina, banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berkepentingan.

    "Susah nak jawab, sebab kita tak tahu apa akan berlaku esok," katanya kepada media selepas sesi libat urus berkaitan penetapan dasar bagi penggubalan RUU Pendaan politik di Kuala Lumpur, hari ini.

    Ditanya sama ada RUU itu akan dibentang sebelum beberapa pilhan raya negeri diadakan, Azalina berkata dia tidak dapat memberi jawapan buat masa ini.

    “Saya tidak tahu sama ada kabinet mahu meneliti peringkat negeri dahulu, cuma kita perlu menilai. Saya secara serius tidak boleh maklumkan sekarang.

    "Umpamanya, kita semua tahu terdapat begitu banyak resipi untuk membuat kek, yang merupakan resipi terbaik. Jadi kita kena buat keputusan,” katanya lagi.

    Bagaimanapun kata Azalina penggubalan RUU itu perlu mengambil kira tiga aspek utama iaitu, parti politik, ahli politik dan kempen pilihan raya.

    Ini kerana ia merupakan tiga tahap sumbangan yang biasanya berlaku dalam politik negara ini.

    "Kadang-kadang anda tidak bertanding dalam pilihan raya, tetapi anda menerima wang kerana mereka menyokong visi anda sebagai parti atau mereka menyokong anda sebagai individu," katanya lagi.

    Terdahulu, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Azalina memaklumkan sehingga Februari 2025, sebanyak lapan sesi libat urus telah diadakan, termasuk lima sesi bersama wakil parti politik dan agensi kerajaan serta tiga mesyuarat dengan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Hak Asasi, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

    MENARIK:  Lelaki S'pura mengaku tak salah dakwa diri rasul

    Tambahnya, pada 10 Februari lalu, JKPK telah mengemukakan maklum balas mengenai penambahbaikan skop rang undang-undang itu.

    “Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara dasar yang masih belum mendapat persetujuan sebulat suara, seperti yang melibatkan keperluan pembiayaan awam untuk parti politik, had sumbangan dan entiti yang akan mengawal selia dana politik,” katanya.

    Jelas Azalina, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bersama setiausaha agung semua parti politik.

    “Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh saya sendiri bagi mendapatkan pandangan dan pendirian parti mengenai cadangan penggubalan RUU ini serta membincangkan persoalan dasar yang timbul," katanya.

    Mengulas lanjut, Azalina berkata perkara utama yang diberikan tumpuan olehnya adalah untuk menganjurkan siri jelajah bagi mendapatkan maklum balas masyarakat umum mengenai RUU berkenaan.

    Siri jelajah itu termasuk sesi townhall yang akan diadakan pada tahun ini di seluruh negara kerana menurutnya pandangan tidak hanya terhad dalam kalangan ahli politik semata-mata.

    "Saya mahu melihat lebih ramai orang memberikan maklum balas, tidak semestinya daripada ahli politik walaupun undang-undang akan lebih menguntungkan ahli politik,” katanya.

    Dalam pada itu Azalina gembira dengan keputusan dicapai oleh semua pihak bahawa pembiayaan atau pengaruh asing tidak boleh dibenarkan untuk mengelak daripada dikawal oleh pihak tertentu.

    “Saya agak gembira sebentar tadi, semua orang bersetuju kita tidak sepatutnya membenarkan penderma asing, pengaruh asing atau derma asing kerana kita tidak mahu dikawal dari luar," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah