31.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribuan berarak ke Dataran Merdeka tuntut hak pekerja

    Shopee Sale

    Kira-kira 1,500 pekerja daripada pelbagai sektor berarak ke Dataran Merdeka bagi menuntut hak pekerja sempena Hari Pekerja.

    Mereka berarak dari Menara Maybank menuju ke Dataran selama kira-kira 30 minit.

    Perhimpunan itu disokong 60 entiti, antaranya Parti Sosialis Malaysia (PSM), Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC), Pertubuhan Pertolongan Wanita, Borneo Komrad dan banyak lagi.

    Mereka menuntut lapan hak pekerja:

    1. Pelaksanaan gaji 'kos sara hidup' sebanyak RM2,000 dan bukannya gaji minimum serta memansuhkan sistem kerja kontrak.

    2. Hak penjagaan kesihatan kepada semua kakitangan hospital kerajaan.

    3. Menuntut kerajaan menghentikan pengusiran paksa tanpa menyediakan sebarang alternatif.

    4. Memberi hak sama rata dan menghentikan eksploitasi terhadap pekerja asing.

    MENARIK:  ‘Hadiah Krismas’, pembelian tanah: Albert dedah mesej Whatsapp

    5. Mengawal harga barangan runcit

    6. Memansuhkan undang-undang yang melanggar hak asasi seperti diskriminasi jantina.

    7. Menghentikan penswastaan ​​kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan awam dan pendidikan.

    8. Mengiktiraf tanah adat Orang Asli.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah