31.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kita pilih kawan tapi jika nak lawan kita tentang habis-habisan’

    Shopee Sale

    Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mohamad Sabu, mempertahankan kerjasama dalam kerajaan perpaduan sambil menegaskan gabungan itu masih mahu mengekalkan “rumah tangga” sedia ada walaupun berdepan pelbagai pergeseran dengan rakan sekutu.

    Bagaimanapun, ketika berucap di Konvensyen PH di Johor Bahru hari ini, Mohamad menegaskan bahawa parti gabungan itu bersedia untuk berlawan habis-habisan jika ditentang kelak.

    Menjadikan lamaran dan perkahwinan sebagai analogi, Mohamad berkata kerjasama politik yang dibentuk sebelum ini tidak mudah dibina.

    "Tapi kita yakin perkahwinan ini boleh diselamatkan dan kita tahu perdana menteri kita amat sabar.

    “Cumanya, seperti mana saya sebut tadi kita nak berkawan tetapi kalau mereka memilih untuk berlawan kita akan bertanding habis-habisan,” katanya.

    Meskipun tidak menamakan mana-mana pihak, Mohamad dipercayai merujuk kepada keputusan BN untuk bertanding di semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datang.

    Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, berkata keputusan untuk bertanding secara solo itu dibuat selepas berunding dengan kepimpinan Umno.

    Pun begitu, Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata dia tetap yakin hubungan dalam kerajaan perpaduan masih boleh diselamatkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sebagai seorang yang sabar dan terbuka.

    MENARIK:  Individu papar gambar Agong di KKB didakwa semula esok

    “Sempurnakah Perdana Menteri kita? Tidak.

    “Tapi saya yang biasa menjadi penentang kepada beliau, saya nampak markah kelemahan ada, tapi markah kelebihan terlalu tinggi,” katanya.

    Dalam nada berseloroh, Mohamad turut mengakui pernah menegur Anwar kerana terlalu banyak memberi bantuan kepada negeri-negeri pembangkang.

    “Kadang-kadang saya kata kepada PMX, tolong hentam sikit MB itu. Dia kata ‘tak apa, tak apa’.

    “Tak hentam pun, bahkan umum pula projek baru,” katanya.

    Mohamad berkata pendekatan itu menunjukkan Anwar mentadbir negara mengikut saluran demokrasi dan peruntukan perlembagaan tanpa mendiskriminasi kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang.

    Sementara itu, dia turut menyuarakan keyakinan bahawa PH akan terus mentadbir Johor dengan selesa selepas pilihan raya negeri akan datang.

    Dalam ucapan sama, Mohamad berkata Amanah bersama rakan dalam PH akan terus menampilkan pendekatan “Islam Rahmatan Lil Alamin” dan menolak politik perkauman sempit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah