Seorang lagi pemimpin PAS mencipta kontroversi berkaitan pertalian darah pemimpin DAP.
Terbaru Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebagai “anak YTL”.
Menurut laman web YTL Community, Kumpulan YTL diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay.
Anaknya Francis Yeoh Sock Ping kini menjadi pengerusi eksekutif.
Hannah di media sosial menepis dakwaan Razman dengan berkata “Bukan semua Yeoh ada pertalian keluarga”.
Malaysiakini sudah menghubungi Razman, Hannah, dan Kumpulan YTL untuk komen dan masih menunggu maklum balas mereka.
Terdahulu, anggota parlimen Kepala Batas daripada PAS Siti Mastura Muhammad baru saja membayar lebih RM830,000 kepada peguam tiga pemimpin DAP setelah kalah saman dalam kes yang hampir serupa.
[Berita penuh menyusul]





