25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS WP sokong himpunan Tangkap Jerung, puji Albert ‘Cina berani’

    Shopee Sale

    PAS Wilayah Persekutuan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir ke himpunan anti-rasuah yang dijadualkan berlangsung di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat ini, sebagai tanda sokongan terhadap pemberi maklumat dalam skandal rasuah Sabah, Albert Tei.

    Dalam kenyatannya, PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru warga Sabah yang berada di Semenanjung, agar bersama dalam perhimpunan aman “Tangkap Jerung” itu.

    “Rakyat mesti bangkit menyampaikan mesej jelas kepada pihak berkuasa bahawa kita menolak layanan berat sebelah dalam siasatan, dan menentang politik kotor dalam pelaksanaan undang-undang,” menurut kenyataan parti itu yang dimuat naik di Facebook malam tadi.

    Parti Islam itu turut menyatakan sokongan terhadap Tei dan menegaskan usaha memerangi rasuah adalah “jihad besar” dalam zaman moden kerana melibatkan usaha mempertahankan amanah, maruah dan keadilan sosial.

    "Saudara Albert Tei, seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina, telah menunjukkan jiwa keberanian dan integriti yang tinggi apabila sanggup mengabaikan keselamatan diri demi membongkar amalan kotor dan salah guna kuasa dalam pemerintahan.

    "Keberanian beliau adalah lambang tanggungjawab moral dan kemanusiaan yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama," tambahnya.

    Mereka juga menggesa semua pihak termasuk “VVIP” yang terlibat dalam skandal itu ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan tanpa pilih kasih.

    Tangkap ‘jerung’

    Terdahulu, aktivis politik, Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga, mengumumkan penganjuran himpunan Jumaat ini sebagai bantahan terhadap tindakan pihak berkuasa yang hanya mendakwa “ikan bilis”, manakala “jerung-jerung besar” dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih bebas.

    Tei turut menyokong protes itu dan mengesahkan kehadirannya, sambil menggesa kerajaan menangkap serta mendakwa “jerung” lain yang terlibat dalam skandal tersebut.

    MENARIK:  Calon BN pertahan OKU, bukan bergaduh - Zahid

    Sejak siri pendedahan video bermula November tahun lalu, sekumpulan ahli politik — termasuk anggota kanan kabinet negeri — dikaitkan dengan skandal perlombongan berkenaan.

    Namun, setakat ini hanya tiga individu telah didakwa, iaitu Tei, Andi Suryady Bandy (Tanjung Batu) dan Yusof Yacob (Sindumin).

    Tei didakwa menawarkan rasuah kepada ahli-ahli dewan undangan negeri, manakala dua lagi didakwa menerima sogokan berkenaan.

    Pembangkang mendakwa wujud usaha untuk menutup kes itu dan sikap “double standard” kerajaan berhubung kegagalan SPRM bertindak ke atas pemimpin tertinggi Sabah yang turut terlibat.

    Tei juga mendakwa dia ditekan oleh pihak tertentu termasuk disekat daripada memasuki negeri itu oleh pihak imigresen Sabah.

    Klip terbaru yang menggemparkan

    Dalam perkembangan terkini, satu video yang dimuat naik pada 8 Nov lalu mengaitkan Timbalan Presiden Parti Star, Robert Tawik. Ia memaparkan perbualan antara Tei dan Tawik di pejabatnya yang membincangkan sejumlah wang yang didakwa telah diserahkan kepada ahli politik berkenaan.

    Berdasarkan klip video tersebut, Tawik turut menyebut beberapa ahli politik lain termasuk Timbalan Presiden Star, Ellron Angin, Ketua Menteri sementara Sabah, Hajiji Noor, dan Menteri Kerja Raya sementara Sabah, Shahelmey Yahya.

    Video terbaru ini muncul kurang sebulan sebelum pilihan raya negeri Sabah yang dijadual berlangsung pada 29 Nov.

    Sebelum ini, Tawik antara ahli politik yang disebut dalam pendedahan oleh sumber yang kemudian dikenal pasti sebagai Tei, yang menyerahkan tangkap layar video kepada Malaysiakini melibatkan enam pemimpin yang dituduh.

    Malaysiakini turut diperlihatkan sedutan ringkas rakaman tersebut bertarikh Januari 2024, namun tidak dibenarkan menyiarkannya.

    Sumber itu mendakwa jumlah keseluruhan rasuah melibatkan enam ahli politik tersebut mencecah RM3.96 juta.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah