27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rasuah Adun: Klip audio 'RM500k sahaja' dimainkan untuk pegawai SPRM

    Shopee Sale

    Pemberi maklumat yang baru-baru ini mendakwa ada memiliki bukti video berhubung skandal rasuah melibatkan lapan Adun berkongsi satu rakaman audio kepada Malaysiakini di mana seorang ahli politik dikatakan membincangkan rasuah yang diterimanya untuk menyokong projek di negeri berkenaan.

    Klip itu yang dikongsi kepada Malaysiakini dipercayai diekstrak daripada salah satu daripada lapan video yang ingin diserahkan pemberi maklumat kepada SPRM.

    Rakaman selama 17 saat itu merupakan klip audio yang menurut ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki dimainkan semasa pertemuan antara peguam pemberi maklumat dan pegawai suruhanjaya itu pada 30 Okt.

    MENARIK:  Teresa ingatkan MP PAS: Dulu PAS pernah hidang bak kut teh halal

    Difahamkan, ia adalah dakwaan rakaman perbincangan seorang Adun dengan seorang ahli perniagaan berhubung syarat memulangkan "RM500,000" yang diterimanya sebagai balasan menyokong projek di negeri itu.

    Ahli politik yang didakwa itu mengatakan dia akan memulangkan jumlah itu secara berperingkat sejak lesen untuk projek itu dibatalkan.


    Langgan untuk membaca laporan penuh, melalui pautan di bawah. Sokonglah kewartawanan yang melaporkan secara bebas dan tanpa gentar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah