Pelakon popular, Hun Haqeem, menyifatkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan anak seni sebagai elemen penting bagi memastikan kelancaran proses penggambaran.
Artikel Berkaitan: Hun Haqeem Tak Sabar Nak Ada Isteri, Seronok Dengar Ayda Jebat & Mira Filzah Cerita Fasal ‘Baby’
Artikel Berkaitan: Hun Haqeem Pecah Stereotaip Isu Mandul, Seru Kaum Suami Jalani Ujian Kesuburan
Pandangan Hun

Ketika ditemui , Hun mengakui pernah berdepan dengan situasi itu dan berasa kurang senang sekiranya ada individu yang tidak menghormati masa sehingga melambatkan penggambaran dan mengganggu kerja keseluruhan produksi.
Setiap kali bercakap mengenai etika seseorang, sudah tentu ia menjadi ‘turn off’ (hilang semangat) apabila individu itu tidak menjalankan tanggungjawabnya 100 peratus.
Sebab pada akhirnya, ia soal menghormati kerja semua orang.
Kalau semua orang menghormati skop kerja masing-masing, saya rasa suasana kerja itu akan jadi lebih baik dan menyeronokkan.
Hun berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Cinta Dalam Sekam dan acara What’s Next on Viu di Odeon Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Hun berkata setiap kelemahan perlu diberikan ruang untuk diperbaiki agar dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan progresif.
Kadang-kadang kita tetap perlu bekerjasama dengan orang seperti ini. Jadi, kita ambil peluang itu untuk sama-sama menjadi lebih baik.
Mungkin orang yang selalu datang lambat, bila tengok pelakon senior lain sentiasa menepati masa, dia akan berubah. Itu satu perkara yang baik. Cuma kita kena sabar dan cuba didik.
Mengulas lanjut, Hun berkata isu etika dan kelewatan sememangnya memberi kesan kepada emosinya, namun dia akan tetap berusaha menjaga kesihatan mental bagi memastikan watak yang dibawakan dapat dijayakan dengan baik.
Sebagai pelakon, emosi itulah yang kami gunakan 100 peratus setiap hari. Jadi, saya memang berpegang kepada mentaliti untuk menjaga emosi sendiri kerana itu milik karya yang sedang saya jayakan.
Kalau emosi itu terganggu, sebenarnya profesionalisme saya juga akan terjejas. Jadi saya perlu mengawal perkara itu.
Terdahulu, tular satu hantaran mengenai isu komitmen apabila seorang pelakon lelaki menegur sikap segelintir rakan gandingan yang didakwa sukar memberikan kerjasama, termasuk lewat hadir ke set penggambaran.
Dalam perkembangan lain, Hun membintangi drama thriller psikologi, Cela, terbitan Viu yang bakal menemui penonton pada bulan depan.
The post Hun Haqeem ‘Turn Off’ Dengan Pelakon Lewat, Tegas Hormati Masa Semua Orang first appeared on OHBULAN!.





