24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramanan sumbang gaji, elaun hampir RM800,000 untuk komuniti Sg Buloh

    Shopee Sale

    Hampir RM800,000 telah disalurkan bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif komuniti di kawasan Parlimen Sungai Buloh sejak 2023, kata Ahli Parlimennya Datuk Seri R Ramanan.

    Ramanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata jumlah berkenaan disumbangkan daripada gaji dan elaunnya bagi membantu golongan memerlukan serta menyokong institusi komuniti tanpa mengira kaum dan agama.

    Menurut kenyataan itu, bagi tahun ini sahaja sebanyak RM65,200 telah disalurkan melibatkan sumbangan kepada masjid, surau, tokong, kuil dan gereja selain infaq Jumaat serta program sepanjang Ramadan.

    Selain itu, sebanyak 10,000 agihan bubur lambuk dilaksanakan di seluruh kawasan Parlimen berkenaan tahun ini, yang memasuki tahun keempat penganjurannya.

    MENARIK:  Pelajar 'tanpa dokumen' dibebas lepas lapan hari di lokap

    Sempena Aidilfitri, sebanyak 3,350 bakul makanan turut diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi membantu meringankan beban kos sara hidup.

    Kenyataan itu turut memaklumkan pelaksanaan program Ihya’ Ramadan melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh dengan kerjasama agensi kerajaan, melibatkan peruntukan sebanyak RM80,350.

    “Ini bukan soal jumlah, tetapi soal tanggungjawab. Apa yang dijanjikan sebelum ini perlu diterjemahkan melalui tindakan yang konsisten,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah