32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramai nama dikemuka untuk caalon Yang Dipertua Dewan Negara

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah individu yang dinamakan sebagai calon Yang Dipertua Dewan Negara berikutan kematian penyandangnya Datuk Mutang Tagal pada 10 Mei lepas adalah ramai.

    Beliau berkata bagaimanapun setakat ini, senarai nama itu belum dibincangkan.

    "... baru kita kemukakan nama untuk perbincangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching semalam yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

    Pada pertemuan itu, Abang Johari serta pemimpin kanan negeri turut membincangkan keputusan dasar agar ia dapat dilaksana dengan lebih berkesan serta memastikan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

    Terdahulu, Anwar merasmikan kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bertema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' yang dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara iaitu Kemboja, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina, Brunei, Timor Leste, China, Korea Selatan, Qatar, Kuwait serta Perancis.

    MENARIK:  Pemandu e-hailing didakwa cabul kehormatan wanita

    HAWANA 2024 adalah perhimpunan terbesar wartawan Malaysia anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah agensi pelaksana.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah