26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rakyat Palestin tunai solat Tarawih di celah runtuhan masjid

    Shopee Sale

    Rakyat Palestin menunaikan solat Tarawih pertama di Semenanjung Gaza di celah runtuhan masjid pada Jumaat malam, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Penduduk Palestin menghamparkan permaidani dan tikar di sebelah runtuhan masjid yang musnah untuk menunaikan solat Tarawih.

    Solat sunat itu turut dilaksanakan di Masjid Agung Omari, masjid terbesar dan tertua di Gaza.

    Menara masjid berusia 1,400 tahun itu telah dimusnahkan, manakala sebahagian besar strukturnya mengalami kerosakan teruk akibat serangan tentera Israel.

    "Hari ini, kami mendirikan solat Tarawih pertama di celah runtuhan masjid.

    "Di sebalik timbunan puing ini, kami menunaikan ibadah, berdoa kepada Allah agar menerima amalan kami," kata Bilal Al-Lahham, seorang imam di Gaza City.

    MENARIK:  MP gesa Anwar ikut jejak Dr M kenakan moratorium Akta Hasutan

    Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Gaza minggu lalu melaporkan bahawa daripada 1,244 masjid di seluruh Gaza, sebanyak 1,109 musnah sepenuhnya atau mengalami kerosakan teruk akibat serangan tentera.

    Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan telah berkuat kuasa sejak bulan lalu, menghentikan sementara peranang yang memusnahkan Gaza dan mengorbankan lebih 48,360 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

    Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada November terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, atas tuduhan jenayah peranang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

    Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tindakan ketenteraannya di wilayah itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah