30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rakyat Pakistan digalak melabur dalam industri makanan di Malaysia – Zaliha

    Shopee Sale

    Restoran Pakistan yang baru dibuka di Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur mampu menarik lebih ramai rakyat negara itu melabur di Malaysia terutama dalam industri makanan selain menjadi tarikan pelancong ke ibu negara.

    Berucap pada majlis pelancaran Gawala Food Mall semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pembukaan restoran itu bertepatan dengan Malaysia yang dikenali sebagai pusat kepelbagaian budaya, makanan dan masyarakat.

    “Saya gembira melihat banyak rakyat Pakistan melabur di Malaysia dalam industri makanan mahupun pakaian serta bidang lain. Saya juga mengalu-alukan lebih ramai rakyat negara itu berkunjung dan melabur di Malaysia.

    “Sebagai negara Islam, sumber daging dan bahan-bahan halal lain tidak menjadi satu masalah. Selain itu, rakyat tempatan juga terbuka untuk mencuba pelbagai jenis makanan sekali gus menjadikan negara kita sebagai destinasi yang menarik,” katanya.

    Dr Zaliha berkata beliau juga gembira dapat menyaksikan pelbagai jenis masakan disajikan di bawah satu bumbung yang bukan sahaja memenuhi selera pengunjung tempatan malah pelancong asing.

    “Ini akan mengukuhkan lagi hubungan antara rakyat tempatan dan warga asing yang tinggal di sini serta pengunjung luar negara,” katanya.

    Sementara itu, Pengerusi Gawala Food Mall Muhammad Saeed Asad Mukhtar berkata beliau melihat peluang membuka restoran Pakistan di sini selepas kerap berkunjung ke Malaysia sejak lebih 10 tahun lepas.

    MENARIK:  ULASAN | Apa tindak balas kita terhadap gangguan perdagangan global?

    “Setiap kali saya datang ke sini, saya melihat banyak peluang perniagaan makanan kerana industri pelancongan Malaysia sangat aktif. Kami mahu membuka sebuah restoran yang bagus untuk rakyat Pakistan kerana ramai yang tinggal di sini selain rakyat India, Bangladesh dan warga tempatan,” katanya kepada Bernama.

    Selain 'pulao’ daging yang merupakan sajian istimewa restoran itu dan ‘gulap jamun’ iaitu manisan popular dari Pakistan, beliau percaya rakyat Malaysia akan menyukai makanan lain yang ditawarkan yang dijangka memenuhi citarasa mereka.

    “Secara umumnya makanan pedas boleh memikat selera masyarakat tempatan dan saya rasa rakyat Malaysia memang suka makanan pedas,” katanya menambah restoran itu dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 2 pagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah