27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rafizi nafi terima rasuah RM500,000 daripada NexG

    Shopee Sale

    Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli menafikan dakwaan sebuah blog bahawa dia menerima rasuah sebanyak RM500,000 daripada pemilik syarikat NexG untuk melanjutkan kontrak pasport syarikat berkenaan pada tahun 2023.

    Rafizi menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah daripada "blog hantu" yang tidak berasas dan bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya melalui siri serangan dakwaan rasuah.

    “Seumur hidup saya tidak pernah kenal atau berjumpa dengan Harizan (individu yang didakwa sebagai peranantara) ini,” katanya.

    Harizan ketika dihubungi Malaysiakini berkata dia juga tidak mengenali bekas timbalan presiden PKR itu.

    Dalam kenyataan hari ini, Rafizi menjelaskan bahawa dakwaan wang tersebut digunakan untuk membiayai pengundian PKR 2025 adalah tidak logik kerana transaksi yang dituduh berlaku pada Julai 2023.

    Menurut Rafizi, pada waktu berkenaan, isu mengenai pengundian parti belum lagi timbul. 

    MENARIK:  PBT ada punca kuasa arah tutup operasi sempena 1 Syawal - Exco

    Dia  turut mendedahkan bahawa perkara itu pernah dibangkitkan seorang menteri dalam satu pertemuan pada 2 Disember 2025 yang memberi bayangan mengenai kewujudan kes rasuah membabitkan dirinya.

    “Saya tanya dia kes yang mana atau apa buktinya? Cerita inilah yang disebut, lalu ditunjukkan konon invois bayaran dari NexG kepada saya.

    “Saya cakap: ‘mana ada orang bagi rasuah keluarkan resit? Itu tak cerdik namanya’,” katanya lagi.

    Rafizi berkata dia akan memperincikan setiap dakwaan terhadapnya, termasuk isu kontrak NexG dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bawah kementerian ekonomi yang pernah diterajuinya dalam siaran podcast pada Jumaat ini.

    Sebelum ini, Rafizi mendakwa pernah disiasat SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dalam dakwaan skandal ARM berjumlah RM1.1 bilion serta projek loji solar Khazanah bernilai RM2.5 bilion. 

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah