28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rafizi hadir di Sidang Kemuncak Asean

    Shopee Sale

    Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli, dilihat menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-46 hari ini atas kapasitinya sebagai Menteri Ekonomi.

    Ini walaupun Rafizi sebelum ini berkata dia akan meletakkan jawatan sebagai menteri sekiranya tewas dalam pengundian PKR minggu lalu, di mana dia tewas di tangan Nurul Izzah Anwar.

    Menurut Astro Awani, Rafizi menghadiri sesi sidang pada jam lapan pagi, yang turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Mohamad Hasan.

    Sebaik tiba, Rafizi dilihat berjabat tangan dengan Anwar dan para delegasi Asean yang lain.

    Sidang kemuncak itu yang berlangsung selama dua hari bermula semalam diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

    Pada 10 Mei lalu, Rafizi berkata dia akan meletakkan jawatan sebagai menteri dan menjadi ahli Parlimen biasa sekiranya gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR.

    Dalam pengundian minggu lalu, Nurul Izzah menang dengan majoriti besar, dengan Rafizi hanya memperoleh 28 peratus undi.

    MENARIK:  SPRM kemuka 5 syor perketat tadbir urus agensi perlombongan Sabah

    Susulan itu, Rafizi menegaskan dia tetap bersemangat dan bertekad untuk meneruskan perjuangannya demi Malaysia yang lebih baik.

    Malam tadi, Anwar yang merupakan presiden PKR dilaporkan mengarahkan kepimpinan baru parti untuk bermesyuarat dan menjalankan post-mortem terhadap pengundian, serta membuat keputusan mengenai pelantikan jawatan dalam parti.

    Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, yang mengekalkan jawatannya sebagai naib presiden PKR, berkata mesyuarat itu akan diadakan dalam beberapa hari lagi.

    Dia berkata antara agenda yang akan dibincangkan ialah mengenai perananan untuk Rafizi.

    Namun, Rafizi sebelum ini telah menyatakan dia tidak berminat untuk memegang sebarang jawatan dalam parti sekiranya tewas dalam pengundian timbalan presiden.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah