28.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser ditutup 2 petang

    Shopee Sale

    Satu daripada 18 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) hari ini ditutup awal, iaitu pada pukul 2 petang.

    Pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang memiliki 40 orang pengundi telah ditutup, manakala baki 17 lagi pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang.

    Penutupan pusat pengundian itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yuhanas Auree Kamaruddin kepada Bernama.

    Peti undi kemudian akan dibawa oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini.

    Sementara itu menurut SPR peratusan keluar mengundi yang direkod setakat 1 tengah hari ialah 38.88 peratus.

    MENARIK:  Senator Paraguay cetus kemarahan, gelar Mbappe warga Cameroon hodoh

    PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah