26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pulihkan sokongan Melayu bukan melalui pengelompokan lama – Mahfuz

    Shopee Sale

    Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar mengingatkan bahawa pemulihan sokongan orang Melayu terhadap kerajaan perlu lahir daripada pembaharuan dasar dan prestasi pentadbiran, bukan melalui pembentukan blok berasaskan identiti.

    “Kerajaan Perpaduan ini wujud kerana kita sama-sama sedar bahawa Malaysia tidak boleh terus dibina atas politik pengelompokan. 

    “Kekuatan kita hari ini ialah kesediaan untuk memerintah bersama, walaupun berbeza latar dan sejarah politik,” katanya.

    Kenyataan itu dibuat bagi mengulas cadangan "kolaborasi agung” parti Melayu-Islam yang dibangkitkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

    “Dalam semangat keterbukaan sesama rakan”, Mahfuz berkata cadangan itu perlu diperjelaskan dengan lebih berhati-hati, agar ia tidak disalah tafsir sebagai langkah mengundur ke politik lama.

    "Rakyat Melayu bukan menuntut penyatuan slogan, mereka menuntut penyelesaian nyata tentang kos sara hidup, peluang ekonomi, integriti kepimpinan dan masa depan generasi baru Melayu," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ahmad Zahid Hamidi

    Mahfuz berkata pembentukan blok berasaskan identiti dikhuatiri menimbulkan keresahan dalam kalangan rakan gabungan kerajaan dan masyarakat majmuk.

    MENARIK:  Bantuan iSejahtera nak dipotong, MCA tuntut penjelasan Pulau Pinang

    Jelasnya, kerajaan dibentuk atas kesedaran bahawa negara tidak boleh terus dibina berasaskan politik pengelompokan.

    "Saya percaya pemulihan sokongan Melayu kepada Umno dan kerajaan lebih meyakinkan jika digerakkan melalui pembaharuan dasar, prestasi pentadbiran dan kejujuran politik.

    "Saya yakin Datuk Seri (Ahmad Zahid) juga tidak akan membenarkan sebarang inisiatif walaupun dengan niat baik yang boleh mengaburkan komitmen bersama terhadap perpaduan nasional yang sedang kita bina dengan susah payah," katanya lagi.

    Mahfuz berharap sebarang bentuk kerjasama politik diletakkan di atas landasan kepentingan negara dan bukannya isyarat politik sempit yang boleh melemahkan keyakinan awam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah