27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pulau Pinang warta 50 warisan budaya negeri tahun ini 

    Shopee Sale

    Kerajaan negeri mewartakan sebanyak 50 warisan budaya secara rasmi dalam senarai warisan budaya peringkat negeri di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 pada tahun ini dalam usaha pemeliharaan khazanah budaya.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata pewartaan itu melibatkan 15 tapak warisan, tujuh warisan kebudayaan tidak ketara dan 28 makanan warisan tempatan.

    “Antara 15 tapak warisan yang diwartakan pada 7 Mei lepas termasuk Batu Bersurat Cherok To’Kun, Kota Cornwallis, Tapak Arkeologi Guar Kepah, Penang Free School, Masjid Kapitan Keling, Leong San Tong Khoo Kongsi dan Gereja St. George.

    “Bagi kategori warisan kebudayaan tidak ketara pula, elemen unik seperti budaya nasi kandar, budaya kopitiam, perarakan Thaipusam, perarakan Chingay, Perayaan St. Anne Bukit Mertajam dan Loghat Bahasa Tanjong Pulau Pinang diwartakan pada 22 Jan lepas disusuli seni mempertahankan diri Nillaikalakki Silambam pada 7 Mei,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Tapak Arkeologi Guar Kepah

    Beliau berkata perayaan Teong Guan Phor Thor kini dilaporkan dalam proses pewartaan sementara kepelbagaian gastronomi Pulau Pinang turut mendapat pengiktirafan tertinggi menerusi pewartaan 28 Makanan Warisan termasuk Nasi Kandar, Pasembor, Char Kuetiau, Asam Laksa, Mi Hokkien, Roti Benggali, Cendol, Teh Tarik, dan Ais Kepal.

    MENARIK:  Pesawat ringan terhempas di Sungkai, 2 mangsa selamat

    Wong berkata pengiktirafan secara berinstitusi itu bukan sekadar prosedur pentadbiran tetapi mencerminkan komitmen teguh kerajaan negeri dalam memelihara memori sejarah, identiti sosial, dan menjadikan warisan budaya sebagai aset penting untuk sektor pelancongan serta ekonomi kreatif.

    Gereja St. George

    Beliau berkata langkah tersebut juga membuka laluan yang lebih kukuh untuk mengangkat warisan budaya Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), malah berpotensi dicalonkan ke Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada masa hadapan.

    “2026 boleh disifatkan sebagai tahun penting yang menyaksikan warisan budaya Pulau Pinang melangkah ke tahap yang lebih tinggi, mendalam dan tersusun dari segi perlindungan.

    “Pencapaian yang diraih dalam bidang warisan budaya tahun ini amat membanggakan serta mencipta rekod baharu yang tidak pernah dicapai sejak beberapa dekad lalu,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah