34 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PSM gesa kerajaan lindungi pemberi maklumat 'video Adun bincang rasuah'

    Shopee Sale

    SPRM dan kerajaan perlu segera menyediakan perlindungan kepada pemberi maklumat dalam dakwaan kes rasuah melibatkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

    Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan berkata pemberi maklumat perlu juga diberikan perintah larangan terhadap Adun terlibat atau wakil mereka bagi mengelakkan campur tangan dalam kes ini.

    “Ini akan menjadi ujian bagi kerajaan tentang sejauh mana usaha mereka untuk memerangi rasuah,” kata Arutchelvan melalui kenyataan kepada Malaysiakini.

    Tegasnya, sikap berdiam diri terhadap isu rasuah bukanlah pilihan.

    Kenyataan PSM merujuk laporan Malaysiakini mengenai lapan rakaman video yang memaparkan beberapa Adun didakwa berbincang mengenai penerimaan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

    Menurut sumber, pemberi maklumat tersebut sedang memohon perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sebelum mengambil tindakan lanjut.

    MENARIK:  'Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa'

    Akta tersebut bertujuan menggalakkan pendedahan maklumat mengenai rasuah atau salah laku lain, dan menyediakan perlindungan kepada pemberi maklumat daripada tindakan sivil, jenayah atau disiplin.

    Setelah perlindungan diberikan, laporan akan dibuat kepada SPRM dan rakaman tersebut akan diserahkan untuk membantu siasatan, kata sumber lagi.

    Difahamkan pemberi maklumat telah melantik peguam Izwan Azmi dari firma Izwan Mazniza Kamil and Associates untuk menguruskan perkara ini.

    Malaysiakini yang telah melihat lapan video tersebut tidak mendedahkan identiti ahli politik berkenaan sehingga mendapat salinan rakaman dan maklum balas daripada mereka yang terlibat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah