27 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Prof Ahmad Atory Hussain meninggal dunia

    Shopee Sale

    Bekas Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain meninggal dunia pada 6.37 pagi tadi.

    Berita mengenai pemergian Ahmad Atory dikongsikan anak Allahyarham Nurul Ainun menerusi hantaran di Facebook.

    "Dimaklumkan bahawa ayah, Prof Dr Ahmad Atory Hussain telah kembali menemui Penciptanya pada 6.37 pagi, 30 Sept 2024, 26 Rabiulawal 1446, di wad ICU Thomson Hospital Kota Damansara.

    "Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.

    Ahmad Atory, 73, yang merupakan penganalisis politik terkenal di negara ini telah berkhidmat di USM sebagai pensyarah selama tujuh tahun, iaitu dari 2008 hingga 2015.

    MENARIK:  Bekas pengerusi pasukan petugas UEC selar timbalan menteri

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah