27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan anak bantu siasatan lelaki warga emas maut ditikam

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kematian bapanya yang ditemukan dengan kesan tikaman di sebuah rumah di Taman Tasek Damai di Ipoh, tengah malam tadi. 

    Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 31 tahun bekerja sebagai penjual sambilan ditahan pada 12.15 tengah malam tadi dan direman tujuh hari bermula hari ini. 

    Mangsa berusia 57 tahun ditemukan terlentang dan berlumuran darah di dapur rumah dengan kesan tikaman di perut serta hirisan pada dada. 

    “Suspek tinggal bersama mangsa dan memberitahu kali terakhir bapanya membalas pesanan telefon pada 2.40 petang dan semasa pulang ke rumah pada 7.30 malam, pintu jeriji dan pintu cermin (pintu gelangsar) terbuka manakala sofa di ruang tamu tidak tersusun. 

    MENARIK:  Bekalan makanan negara mencukupi, stabil - Mat Sabu

    “Bagaimanapun, tiada barang berharga hilang. Pemeriksaan mendapati kamera litar tertutup (CCTV) rumah itu tidak berfungsi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

    Abang Zainal Abidin berkata polis menemukan sebilah pisau berukuran 22 sentimeter yang telah dibersihkan di singki dapur, dipercayai digunakan dalam kejadian itu. 

    Dia berkata jiran mangsa memberitahu kali terakhir melihat lelaki itu di luar rumah pada 11 pagi, selain tidak mendengar atau melihat sebarang kejadian mencurigakan di rumah tersebut.  

    Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bezah siasat dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah