27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat kes murid Tahun Satu dipukul pelajar Tahun Tiga

    Shopee Sale

    Seorang ibu kepada seorang murid Tahun Satu membuat laporan polis selepas anak lelakinya berusia tujuh tahun didakwa dipukul oleh dua pelajar lebih tua di sebuah sekolah rendah di Shah Alam.

    “Berdasarkan laporan, anak lelakinya berusia tujuh tahun telah dipukul oleh dua murid Tahun Tiga ketika berada di kantin sekolah,” kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Iqbal Ibrahim seperti dilaporkan New Straits Times.

    Rakaman video kejadian itu juga tular di media sosial.

    Iqbal berkata, ibu mangsa membuat laporan pada 15 Okt lalu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

    Menurut Iqbal, mangsa dimasukkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

    MENARIK:  Anak penyanyi, rakan didakwa curi Ferrari milik ahli perniagaan

    Dia turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-513 0450 atau hadir ke balai polis berdekatan.

    Sejak kebelakangan ini, beberapa kes keganasan dilapor berlaku di sekolah, daripada kes buli hingga kes pembunuhan.

    Pada Selasa lalu, polis menahan seorang pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Petaling Jaya berhubung kes menikam rakan sekolahnya berusia 16 tahun sehinga maut.

    Kejadian itu berlaku tidak lama selepas sekumpulan pelajar Tingkatan Empat didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Melaka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah