Pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang orang kurang upaya (OKU) dipukul oleh pengawal peribadi seorang kerabat diraja di sebuah hotel semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan setelah mangsa, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, membuat laporan polis.
"Saya mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis. Kita masih menyiasat dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya kepada pemberita di Bukit Aman, pagi tadi.
Dia diminta mengenai dakwaan pengawal peribadi seorang kerabat diraja menyerang mangsa.
Insiden tersebut tular media sosial sejak semalam.
Harian Metro melaporkan kejadian berlaku di sebuah hotel di Brickfields, Kuala Lumpur semalam.
Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaan.
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan membuat laporan polis.





