31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat dakwaan konspirasi jatuhkan kerajaan, sabotaj negara

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

    Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata, laporan polis diterima semalam melibatkan dakwaan kerjasama antara seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.

    "Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Gesaan Akmal: Akar umbi Umno serah pada pucuk pimpinan parti

    Seksyen tersebut merujuk kepada aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

    Maklumat lain tidak didedahkan.

    Elak spekulasi

    Mohd Khalid menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara pihak polis melengkapkan siasatan mereka.

    Menurutnya, langkah itu penting bagi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini sementara proses pembuktian dilakukan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah