26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis serbu rangkaian perniagaan dipercayai terkait GISBH di Rawang

    Shopee Sale

    Polis Kontinjen Selangor menyerbu beberapa rangkaian perniagaan yang sebahagian besarnya dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dalam satu operasi bersepadu di Bandar Country Homes, Rawang di Selangor, pagi tadi.

    Serbuan yang bermula 6.30 pagi itu melibatkan kira-kira 200 anggota polis Kontinjen Selangor dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan, serta dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

    Antara premis perniagaan yang diperiksa termasuk klinik, restoran, bengkel kereta, kedai pakaian terpakai, premis percetakan, pasar raya, kedai bakeri, pusat khidmat media, hotel, butik, galeri dan beberapa perniagaan lain yang menggunakan nama GISBH.

    Berdasarkan tinjauan Bernama sewaktu operasi itu, sehingga 8.30 pagi, polis masih menjalankan pemeriksaan terhadap individu di kawasan tersebut, termasuk kanak-kanak.

    MENARIK:  Dua persatuan pelajar bangkitkan semula gesaan mansuh Auku

    Pada masa yang sama, pihak MPS dilihat sedang merobohkan beberapa struktur yang didirikan secara tidak sah, serta menyita premis-premis perniagaan tertentu.

    Keseluruhan kawasan pusat perniagaan di Jalan Desa, Bandar Country Homes, ditutup sepanjang operasi berkenaan dijalankan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah