27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis seolah-olah tak hormati hak berhimpun, kata PSM

    Shopee Sale

    Sambil memuji pengumuman kerajaan untuk mengkaji semula peruntukan tertentu Akta Perhimpunan Aman 2012, seorang pemimpin PSM berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk memastikan kebebasan berhimpun secara aman dihormati sebagai hak asasi manusia.

    Sebagai permulaan, Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan berkata bahawa polis lazimnya akan menyoal-siasat peserta selepas perhimpunan, walaupun mereka memenuhi semua keperluan di bawah undang-undang tersebut.

    “Walaupun hampir semua perhimpunan telah selesai tanpa insiden tetapi polis telah memanggil penganjur untuk memberikan keterangan (di bawah Seksyen) 112 (Kanun Tatacara Jenayah).

    “Amalannya adalah polis sendiri menyiasat aduan polis berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh polis sendiri. 

    “Amalan ini menimbulkan satu suasana seolah-olah PDRM tidak menghormati hak berhimpun dan memberikan kekangan kepada pihak yang berhimpun,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

    'Kami tidak pernah lupa'

    Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan bahawa kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah berubah sejak berkuasa.

    Ketua setiausaha PH itu menegaskan pemimpin gabungan tersebut yang kebanyakan mereka bermula dari perhimpunan jalanan, tidak melupakan asas perjuangan mereka.

    Tambah Saifuddin, sejak dia menerajui KDN, polis hanya menolak dua hingga tiga peratus daripada semua permohonan perhimpunan yang diterima.

    "Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 2023, sebanyak 10,000 pemakluman perhimpunan dibuat kepada polis, dengan 98 peratus perhimpunan berlangsung tanpa sekatan.

    MENARIK:  Paras empangan masih kritikal, Perak syor pembenihan awan - Exco

    “Pada tahun 2024, lebih 7,000 pemakluman diterima, dan 99 peratus dibenarkan," kata menteri itu.

    Ingat himpunan pro-Palestin?

    Mengulas lanjut, Arutchelvan berkata dia tidak mempertikaikan statistik yang dipetik oleh Saifuddin tetapi mempersoalkan tindakan polis memanggil penganjur untuk disoal siasat selepas perhimpunan selesai.

    Memetik contoh, dia memberikan kes yang tujuh penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan oleh polis pada September tahun lalu.

    Satu lagi kes adalah pada Jun tahun lalu, apabila 15 penganjur perhimpunan #KepungDemiPalestin dipanggil polis untuk disoal siasat di bawah Seksyen 9(5) PAA.

    Perkara ini juga harus diperhalusi supaya hak yang diberikan untuk berhimpun tidak ditarik balik apabila penganjur disiasat atas Akta Perhimpunan Aman selepas perhimpunan.  

    “Dua insiden kebelakangan ini di mana penganjur perhimpunan Palestin disiasat berulangkali termasuk mereka yang pergi bersolidariti di luar balai adalah contoh jelas walaupun ada banyak insiden yang lain,” kata Arutchelvan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah