34.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis selamatkan wanita warga Indonesia disyaki mangsa dera

    Shopee Sale

    Seorang wanita warga Indonesia diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera majikannya di sebuah rumah di Taman Tropika Kemensah, Ampang di Kuala Lumpur, Jumaat lepas.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata wanita berusia 41 tahun itu diselamatkan kira-kira 12.45 tengah malam selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.

    "Susulan itu, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun ditahan dan beberapa barangan berkaitan kes turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata mangsa kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan manakala wanita tempatan itu direman hingga Selasa ini untuk siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

    MENARIK:  K'jaan, Razak Baginda diarah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah