Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata beliau meluluskan penghantaran senjata tambahan ke Ukraine dan sedang mempertimbangkan sekatan baharu terhadap Russia, lapor Xinhua.
“Kita akan menghantar beberapa senjata pertahanan ke Ukraine dan saya telah meluluskannya,” kata Trump semasa mesyuarat Kabinet di Rumah Putih.
Trump turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Presiden Russia Vladimir Putin.
“Saya tidak berpuas hati dengan Putin, itu saya boleh nyatakan sekarang,” katanya sambil sambil menyatakan bahawa beribu-ribu askar Russia dan Ukraine telah terkorban.
Trump berkata beliau sedang mempertimbangkan sama ada akan menyokong rang undang-undang dwipartisan di Senat yang bertujuan mengenakan sekatan menyeluruh terhadap Russia.





