31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis rujuk tiga kertas siasatan doktor tidak senonoh kepada timbalan pendakwa raya

    Shopee Sale

    Polis telah menghantar tiga kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes seorang doktor lelaki sebuah hospital disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit wanita.

    Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada pejabat TPR untuk tindakan selanjutnya ke atas pegawai perubatan berusia 43 tahun itu.

    “Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di George Town hari ini.

    Pada 26 Feb, polis menahan lelaki itu di sebuah hospital di sini pada 9.30 malam selepas menerima maklumat daripada pihak hospital dan suspek direman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Mac.

    Suspek ditahan semula pada 6 Mac selepas disyaki melakukan kesalahan sama terhadap seorang pesakit sebuah klinik swasta di Pulau Tikus pada 2023 selain laporan terhadap doktor itu juga diterima daripada seorang wanita warga asing pada 10 Mac, mendakwa turut menjadi mangsa.

    MENARIK:  Tragedi Sg Kayan: Mayat mangsa terakhir ditemui - bomba

    Selain itu, Hamzah berkata Polis Pulau Pinang mengeluarkan 478 permit menjual mercun dan bunga api di negeri itu sejak 1 Jan hingga 21 Mac, termasuk untuk jualan sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Beliau berkata pihaknya menerima 486 permohonan namun lapan daripadanya ditolak kerana pemohon mempunyai rekod kesalahan lampau selain tidak mempunyai permit perniagaan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

    “Bunga api atau mercun yang diluluskan adalah terhad kepada jenis boleh dijual iaitu selamat untuk dijual dan dimainkan oleh kanak-kanak kerana ini sebahagian daripada langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah