25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak gajah mati dilanggar lori kontena di Gerik

    Shopee Sale

    Seekor anak gajah jantan ditemukan mati akibat dilanggar sebuah lori kontena  di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Ipoh, awal pagi tadi. 

    Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian menimpa anak gajah berusia kira-kira lima tahun yang dianggarkan seberat 700 kilogram itu pada 3.30 pagi.

    "...anggota Perhilitan telah ke lokasi kejadian dan bangkai anak gajah yang mati itu, kita akan lupus (tanam)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

    MENARIK:  Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong

    Terdahulu tular gambar dan video di media sosial seekor anak gajah yang dilanggar, terperosok di bawah sebuah lori kontena, dan seekor gajah dewasa dipercayai ibunya sedang cuba mengalihkan lori tersebut bagi menyelamatkan anaknya. 

    Yusoff berkata ibu gajah itu telah diselamatkan anggota Perhilitan dan akan dilepaskan semula habitat semula jadi yang sesuai dan selamat. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah