33.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis nafi iring kenderaan dinaiki warga asing di Melaka

    Shopee Sale

    Polis menafikan agensi keselamatan itu mengiringi beberapa kenderaan dipercayai dinaiki warga asing, di Tanjung Minyak di Melaka.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintenden Halim Abas berkata video tular berkenaan dipercayai disunting dengan menggabungkan rakaman membabitkan dua lokasi berbeza.

    Beliau berkata hasil semakan mendapati rakaman memaparkan kenderaan pacuan empat roda polis keluar dari satu simpang itu, sememangnya dirakam berdekatan Masjid Tun Mohd Khalil Yaakub di Tanjung Minyak.

    “Anggota terbabit bukannya sedang mengiringi mana-mana kenderaan namun kebetulan diekori beberapa kenderaan lain yang kebetulan keluar pada masa yang sama.

    “Rakaman yang memaparkan kenderaan warga asing itu pula dipercayai dirakam di lokasi berbeza dan bukannya di Tanjung Minyak seperti yang didakwa menerusi komen di dalam video tular itu,” katanya menerusi aplikasi kumpulan WhatsApp hari ini.

    MENARIK:  Sekat Edisi Siasat, Pemuda Bersatu dakwa ada usaha lindung skandal

    Halim berkata jika diteliti, gambar dan lokasi dalam kedua-dua rakaman adalah tidak sama dan dipercayai digabungkan dengan teknik suntingan, sekali gus menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

    Terdahulu, tular klip video berdurasi 28 saat menerusi aplikasi TikTok dengan kapsyen ‘PDRM boleh tak rakyat dapatkan penjelasan kenapa warga asing ini semua perlukan pengiring?’

    Video berkenaan memaparkan kenderaan dipercayai milik warga asing di satu kawasan tanah merah sedang berkumpul di lokasi lain, sebelum dipercayai digabungkan dengan video asal kenderaan polis di Tanjung Minyak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah