33.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis kesan cubaan sabotaj Program Selawat dan Munajat Perdana, esok

    Shopee Sale

    Polis Kuala Lumpur mengesan cubaan sabotaj terhadap Program Selawat dan Munajat Perdana Polis Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung petang esok di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 di Kuala Lumpur.

    Menerusi kenyataan di laman sosial rasminya, Polis Kuala Lumpur memaklumkan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah mengedarkan e-mel palsu kepada jemputan kononnya program itu dibatalkan.

    “Program Selawat dan Munajat Perdana Polis Kuala Lumpur 1447H/2025M tidak dibatalkan, program berkenaan akan berlangsung sepertimana yang telah dijadualkan,” menurut kenyataan itu.

    Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan program berkenaan yang juga boleh diikuti secara dalam talian melalui laman Facebook rasminya.

    MENARIK:  Ali Rustam angkat sumpah sebagai TYT Melaka bagi penggal kedua

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah