33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis: Kematian kanak-kanak autistik di tasik tiada unsur jenayah

    Shopee Sale

    Polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di sebuah taman tasik rekreasi di Sea Park, Petaling Jaya, dua hari lalu.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata hasil bezah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh semalam mendapati tiada kesan kecederaan atau penderaan pada anggota badan mangsa yang berusia lima tahun.

    “Doktor mengklasifikasikan punca kematian mangsa adalah mati lemas dan siasatan di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Susulan itu, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun Shahrulnizam berkata pihaknya meneruskan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian oleh penjaga.

    Shahrulnizam berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa yang juga merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) autisme kira-kira 6.30 petang, dua hari lalu.

    MENARIK:  Adun dedah pekerja keperluan khas di sebalik insiden bendera terbalik

    Dia berkata mangsa dikatakan hilang ketika bermain di kawasan rekreasi terbabit bersama kembarnya sementara bapa mangsa didakwa tertidur semasa sedang memerhatikan anaknya.

    Katanya, mayat mangsa kemudiannya ditemukan terapung di permukaan tasik iaitu kira-kira empat meter dari tebing tasik pada 6.50 petang oleh orang awam.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah